Latar belakang Seri_Balas

Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live lagu Dikir Puteri di Sukan Komanwel pada tahun 1998 bersama Siti Nurhaliza yang turut menyanyikan lagu popularnya, Cindai. Mereka berdua disatukan untuk bergandingan dalam album duet berkonsepkan tradisional yang berjudul Seri Balas. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Noraniza dan Siti telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional daripada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Gabungan mereka berdua dianggap sebagai pasangan duet yang serasi. Tuah menyebelahi Noraniza dan Siti apabila album yang mendapat sentuhan Pak Ngah itu berjaya memenangi Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Single pertama daripada album ini, Hati Kama juga berjaya menembusi pencalonan untuk Lagu Terbaik tetapi gagal memenangi anugerah tersebut. Rezeki mereka terus melimpah ruah apabila mereka berjaya menggondol trofi Juara kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu 2000.[4]

Gandingan mereka berdua banyak memuaskan hati mana-mana pihak. Mereka dianggap sebagai pasangan duet yang serasi bersama apabila berpadu vokal. Walau bagaimanapun, ada kontroversi yang melibatkan mereka berdua yang mana ada pihak yang ingin melaga-lagakan mereka ketika itu. Tuah menyebelahi mereka apabila mereka berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan memenangi Juara Kategori Etnik Kreatif. Album Seri Balas juga berjaya menggondol Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Noraniza dan Siti turut membuat persembahan pada malam tersebut dengan lagu Hati Kama.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Seri_Balas http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-5416177... http://www.deezer.com/album/11060862 http://sitisentral.weebly.com/seri-balas.html http://www.nib.com.my/archives/text/view/28474946?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/28480301?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44219881?... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...